BINTULU: Kelab Taekwondo Sebauh (MTA) memperoleh satu pingat emas, enam pingat perak dan lapan pingat gangsa dalam Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan Sekolah-Sekolah Negeri Sarawak kali kelima Tahun 2022.
Ia menerusi program anjuran Persatuan MTA yang berlangsung di gelanggang SMP Catholic High Sibu, baru-baru ini.

Pingat emas disumbangkan menerusi penyertaan pelajar SK Sebauh, seterusnya turut menyumbang satu pingat perak dan empat pingat gangsa.
Lima lagi pingat perak dan empat pingat gangsa diperoleh menerusi penyertaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh.

Sementara, pengerusi MTA Bonniface Unting berbangga dengan pencapaian para pelajar Daerah Sebauh di bawah bimbingan jurulatih, Ronnie Steve.
Beliau berkata, MTA akan menghantar lebih ramai lagi peserta pada tahun hadapan dengan harapan dapat beraksi dengan lebih cemerlang.