BINTULU: Pasukan Muhazis FC muncul juara kategori Terbuka Lelaki Kejohanan Futsal Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) 2022 selepas menundukkan KFKB (6- 5) menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final di gelanggang futsal Kelab Kidurong Bintulu, lewat petang semalam.

Dengan kejayaan itu Muhazis FC berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan medal manakala naib juara, KFKB meraih wang tunai RM6,000, piala beserta medal.

TAHNIAH…Wan Zaidi menyampaikan hadiah kepada pasukan MUHAZIS FC yang menjuarai kategori Terbuka Lelaki Kejohanan Futsal BBSB 2022.

Dani FC yang menduduki tempat ketiga pula membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 beserta piala dan medal manakala Legacy FC yang berpuas hati dengan tempat ke-emlat menerima wang tunai RM2,000, piala dan medal.

Sementara itu, pemain Muhafiz FC, Ismail Ahmad turut diumumkan sebagai Pemain Terbaik sekali gus membawa pulang wang tunai sebanyak RM200.

Wan Zaidi menyampaikan hadiah Pemain Terbaik Terbuka Lelaki kepada Ismail.

Bagi Kejohanan tersebut, sebanyak 40 pasukan menyertai kategori Terbuka Lelaki manakala 16 pasukan lagi mengambil bahagian dalam kategori Remaja Lelaki 15 Tahun ke bawah.

Kategori Remaja Lelaki 15 Tahun ke bawah pula menyaksikan pasukan PPSSC 4S muncul juara menewaskan pasukan B FIVE SDFC sekali gus memenangi wang tunai RM3,000, piala dan medal sementara B FIVE SDFC meraih wang tunai sebanyak RM2,000, piala dan medal.

Pasukan  PPSSC 4S merakamkan gambar  selepas menjuarai kategori Remaja 15 Tahun ke bawah Kejohanan Futsal BBSB 2022.

Tempat ketiga dikongsi bersama pasukan PFA ODIN dan SSC Bintulu A dengan kedua-dua pasukan menerima wang tunai sebanyak RM1,000 beserta piala dan medal.

Pemain PPSSC 4S, Mohd Azrul Aiman Janal dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kategori tersebut.

Mohd Azrul menerima hadiah daripada Wan Zaidi.

Hadiah kepada pemenang disampaikan pemangku Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd merangkap penaung Kejohanan Futsal BBSB, Wan Mohamad Zaidi Wan Kadir.

Suara Sarawak