PADAWAN: Nyadi Dolah, salah seorang daripada wanita Bidayuh dari Kampung Semban memakai gelang tembaga di lengan dan betis yang dikenali sebagai‘Ring Lady’ telah meninggal dunia.

Mendiang berumur 92 tahun meninggal dunia di kediamannya, Kampung Semban, Skim Penempatan Semula Bengoh, di sini, pada jam 1 pagi semalam.

Nyadi disemadikan pada jam 12 tengah hari tadi di tapak perkuburan Gereja All St Anglican Church.

Nyadi Dolah, 92, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Semban, Skim Penempatan Semula Kampung Bengoh akibat sakit tua.

Mendiang meninggalkan enam orang anak, 21 orang cucu dan 25 orang cicit.

Nyadi bersama ‘Ring Lady’ yang lain iaitu Peluk Abeh, Tawud Luhan dan Singai Nekan serta mendiang Ranyu Daiee yang meninggal dunia pada tahun 2020 telah memakai gelang tembaga seawal usia 10 tahun.

Mereka dipercayai wanita Bidayuh yang terakhir memakai gelang tembaga dipanggil ruyang bagi gelang tangan dan rasung untuk gelang kaki, ia merupakan tradisi wanita Bidayuh Kampung Semban dipercayai digunakan sejak 400 tahun dulu.

Pemaikaian gelang tembaga juga mengambarkan kecantikan oleh pemakainya.

Suara Sarawak