PADAWAN: Laporan media mengenai kehilangan Lee Sze Chieh telah membantu kepada penemuan wanita Orang Kurang Upaya (OKU) dari segi mental itu.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abg Ahmad, berkata Sze Chieh ditemui semula dengan selamat oleh jirannya di perhentian bas Taman Malihah, petang tadi.

“Jirannya terbaca berita kehilangan Sze Chieh dan terjumpanya di perhentian bas Taman Malihah dan segera menghantarnya balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Lee Sze Chieh

Terdahulu, Sze Chieh,41, dilaporkan hilang setelah keluar dari rumah di Taman Malihah 3 kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Menurutnya berdasarkan temu-bual bersama kakaknya, ini merupakan kali kedua Sze Chieh hilang dari rumah dengan kali pertama pada tahun lepas.

Suara Sarawak