KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri bersama-sama rombongan telah merasmikan pembukaan Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu yang baru dibaiki, Selasa lalu.

Ia diadakan sekali gus sempena lawatan rasmi beliau ke IPD tersebut bagi mengadakan program Kepolisan Masyarakat bertempat di rumah Francis Skarok Lubok Antu, di sini, Selasa lalu.

Dalam lawatan kerja tersebut, beliau turut memantau tahap pembaikan yang telah selesai dibaiki bagi memastikan keselesaan pegawai dan anggota JSJ IPD dalam menjalankan tugasan harian.

BERUCAP… Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Seterusnya, diikuti lawatan ke Kem Malindo Lubok Antu bagi program Hi-Tea Anjuran Angkatan Tentera Malaysia(ATM), sebelum sempat melawat Balai Polis Skrang bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak ATM dan PDRM.

Berkaitan dengan program yang diadakan, ia menekankan ‘keselamatan komuniti tanggungjawab bersama-sama’ dan dirasmikan Pesuruhjaya Polis Sarawak itu.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Sarawak Datin Nassariah Mohd Nassir, ketua-ketua jabatan dan wakil dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Mohd Azman merasmikan pembukaan Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu yang baru dibaiki.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pencegahan jenayah dan tanggungjawab dalam membendung berlakunya jenayah.

Suara Sarawak