KUCHING: Pemenang bagi Program Jelajah Timang Bola Takraw Bakat Baru 2022 akan diumumkan pada 6 Januari depan, kata Pengerusi Sapar Tujuh Club (STC) Frankie Mija.

Beliau berkata, program anjuran STC itu sudah mempunyai senarai awal individu yang berjaya menimang bola takraw dengan jumlah timangan tertinggi.

“Bagaimanapun, individu yang diistihar sebagai pemenang akan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu 6 Januari 2023,” ujar Frankie kepada Arena Suara Sarawak.

TUNJUK BAKAT…Antara peserta yang mengikuti pertandingan tersebut.

Menurut Frankie, program santai dengan objektif untuk menyemai minat kepada peserta terlibat meminati sukan tradisional itu telah mendapat sambutan hangat sejak ia mula dilangsungkan awal bulan November lalu.

“Lebih 20 kawasan telah kita jelajah untuk program atau pertandingan ini. Sambutannya begitu hebat sekali, malah apa yang menggembirakan sekali ia turut disertai peserta pelbagai peringkat umur dan suku kaum.

Tegas Frankie, individu yang diistihar sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM500, piala serta cenderahati dari STC.

Suara Sarawak