KUCHING: Moodys dan Standard & Poor’s mengesahkan penarafan kewangan Sarawak pada A3 dan A-, kata Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Selain itu, katanya Agensi Penarafan Malaysia juga mengekalkan penarafan kredit Sarawak sebagai AAA dengan prospek yang stabil.

“Negeri (Kerajaan Sarawak) sentiasa menjunjung dan mengekalkan amalan tadbir urus yang baik untuk mencapai dan mengekalkan kedudukan kewangannya yang kukuh.

Uggah menunjukkan dokumen ucapan penggulungan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu sempena persidangan DUN di sini, hari ini.

“Ini ditegaskan semula dalam penarafan kredit yang membanggakan diberikan oleh syarikat penarafan antarabangsa dan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi Baharu sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua berkata Sarawak juga terus dianugerahkan ‘Sijil Bersih’ untuk Akaun Awamnya bagi tahun lepas.

“Ini adalah rekod bersih bagi tahun ke-20 berturut-turut, yang merupakan bukti jelas tentang amalan tadbir urus yang baik dan pengurusan kewangan yang berhemat,” katanya.

Beliau menambah penarafan yang diberikan oleh agensi penarafan dan sijil bersih oleh Ketua Audit Negara mencerminkan rekod prestasi kewangan negeri yang kukuh, disokong oleh rizab yang kukuh dan amalan belanjawan berhemat.

Katanya pencapaian seperti yang diketengahkan juga adalah hasil daripada budaya berdisiplin tinggi yang diterapkan Kerajaan Sarawak dalam menguruskan sumber kewangan selama ini.

Suara Sarawak