Peserta seminar merakam foto kenangan bersama Pengarah Jabatan Pekerjaan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) Sarawak, Ir. Dr Nor Halim Hasan.

KUCHING: Penganjuran seminar Tempat Kerja Sihat dan Selamat: MS ISO 45001 (SPKPP) oleh Certification NIOSH (NIOSHCert) Sdn Bhd boleh membantu industri di Sarawak memperkemaskan budaya selamat dan sihat di tempat kerja.

Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak, Ir. Dr Nor Halim Hasan berkata, majikan perlu mengambil inisiatif awal mewujudkan sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan pekerjaan mereka.

“Untuk memastikan risiko ini dapat dinilai, dikawal dan dicegah, satu perundangan baharu akan dikuatkuasakan di bawah Seksyen 18B, Akta 1648 yang menjadi kewajiban setiap majikan untuk menjalankan dan melaksanakan penilaian risiko bagi setiap aktiviti kerja yang dijalankan oleh pekerja.

“Tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terpulang kepada mereka yang mencipta risiko dan bekerja dengan risiko yang berkaitan.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Seminar Tempat Kerja Sihat dan Selamat di di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah NIOSH Certification Thomas Balan berkata, pelaksanaan ISO 45001 Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (SPKKP) yang baik boleh menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari Bangsa Bersatu (UNSDG).

“Ini selaras dengan usaha kerajaan dalam mencapai SDG PBB menjelang 2030,” ujarnya.

Penceramah utama bagi seminar ini terdiri daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak, badan akreditasi kebangsaan Jabatan Standard Malaysia, badan pensijilan NIOSH dan Sarawak Energy Berhad yang telah mendapat pensijilan ISO 45001.

Sesi penyampaian cenderahati kepada Ir. Dr Nor Halim Hasan (kanan).

Suara Sarawak