KUCHING: Wanita perlu tahu betapa pentingnya penglibatan diri dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, kata Toh Puan Hayati Ahmat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) itu berkata, ia bertujuan untuk memperkasakan lagi peranan golongan wanita.

“Justeru, Karnival Hari Terbuka PITSA kali ini pasti dapat memberi manfaat kepada para wanita dan ibu tunggal yang hadir pada hari ini.

SIMBOLIK… Hayati (kanan) dan Dayang Noorazlinah (kiri) merasmikan Karnival Hari Terbuka PITSA di Pustaka Negeri Sarawak.

“Program tersebut juga membantu untuk memantapkan lagi ekonomi wanita melalui literasi Digital dan e-keusahawanan menerusi taklimat-taklimat yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Hari Terbuka PITSA di Pustaka Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Sementara, Presiden PITSA Dayang Noorazlinah Abang Noorzuki sempat mendedahkan bahawa program ini tidak akan terhenti di sini.

MERIAH… Hayati (duduk tengah) bersama-sama yang lain merakamkan gambar sebagai kenangan.

“Malah, ia akan dilanjutkan di lokasi seterusnya dalam masa terdekat termasuk cawangan PITSA yang lain seperti di Sibu, Sarikei, Bintulu, Mukah, Dalat dan Daro,” katanya ringkas.

Sementara, karnival tersebut diadakan selama dua hari berturut-turut pada 17 dan 18 Disember ini, turut dirasmikan Toh Puan Hayati dan disaksikan Dayang Noorazlinah dan lain-lain.

Suara Sarawak