SIMBOLIK… Fazzrudin menyembur air kepada kanak-kanak yang bakal berkhatan pada pagi ini FOTO :  Ramidi Subari

KUCHING: Seramai 19 orang anak-anak berusia dalam lingkungan 10 hingga 13 tahun menyertai program berkhatan di Flat Taman Sri Wangi, di sini, hari ini.

Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman turut hadir bagi merasmikan program yang kali kedua diadakan dalam kalangan komuniti di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sempat menitipkan pesanan kepada anak-anak yang bakal menjalani proses berkhatan pada hari tersebut.

“Jangan risau kerana berkhatan merupakan proses untuk menjadi seorang yang dewasa. Kita turut menyaksikan anak-anak disiram menggunakan air bomba.

“Ia merupakan satu simbolik atau tradisi sebelum berkhatan, iaitu berendam di dalam sungai sebelum memulakan proses berkhatan.

“Kita tidak mahu menipu, kali pertama memang rasa sakit. Namun kesakitan tersebut hilang dengan pantas dan ia rasa seolah-olah digigit semut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Berkhatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Sri Wangi, Matang, di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa anak-anak perlu bersedia kerana apabila meningkat dewasa, perlu memikul tanggungjawab kerana bakal mencapai akil baligh (cukup umur).

 

SIMBOLIK… Fazzrudin menyembur air kepada kanak-kanak yang bakal berkhatan pada pagi ini FOTO :  Ramidi Subari

Suara Sarawak