KUCHING: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj mencemar duli lawatan ke Bengkel Songket Pusat Vokasional dan Industri, Penjara Puncak Borneo, Ahad lalu.

Ini merupakan lawatan kali kedua baginda Raja Permaisuri Agong sebagai salah satu pengisian sempena Program Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo 2022 yang berlangsung di Pullman Hotel bermula 5 hingga 8 Disember ini.

Ketibaan baginda bersama-sama rombongan disambut oleh Datin Saadiah Buji dan Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraan Komisioner Penjara Supri Hashim, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Jabatan Penjara Malaysia Ajidin Salleh serta barisan tertinggi Jabatan Penjara Malaysia.

Raja Permaisuri Agong ketika lawatan ke Bengkel Songket Pusat Vokasional dan Industri, Penjara Puncak Borneo.

Hadir menyambut kedatangan baginda ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan serta Timbalan Komisioner Penjara Zainah Pardi, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri serta rombongan dari Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak Penolong Kanan Komisioner Fathi Murshidi dan Pengarah Penjara Puncak Borneo Penolong Komisioner Penjara Hamdan Salleh Majin.

Turut diundang Pengarah Penjara Negeri Pahang Timbalan Komisioner Penjara Datuk Abu Hassan Hussain.

Dalam pada itu, majlis turut dimeriahkan dengan penglibatan pihak kerajaan negeri Sarawak.

GUNTING… Raja Permaisuri Agong melibatkan diri dalam proses menggunting kain songket.

Sementara, pada malam yang sama, baginda turut dijadualkan menghadiri Food Over Fire Festival & Theatre di Fort Margherita, Kuching.

Manakala hari ini, baginda bakal melawat Damai Golf & Country Club, Santubong diikuti lawatan ke Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai di Jalan Muda Hashim pada sebelah petang bagi pelancaran Kampung Heritage Trail-Rumah Warisan Tan Sri Datuk Amar Abang Ahmad Urai.

Terdahulu, baginda tiba di negeri ini pada hari Ahad (4 Disember) untuk membuat lawatan empat hari di Kuching.

Raja Permaisuri Agong dijangka berangkat pulang ke ibu negara pada Khamis, 8 Disember 2022.

Suara Sarawak