BAU: Polis menahan seorang remaja perempuan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan ‘bookie’ Piala Dunia di sini.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam, di sebuah premis kedai serbaneka Singai Tondong, Jalan Bau-Batu Kawah.

Peralatan yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan kegiatan ‘bookie’ Piala Dunia.

Katanya penahanan suspek dibuat menerusi Op Soga oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

Peralatan yang digunakan oleh suspek untuk menjalankan kegiatan ‘bookie’ Piala Dunia.

“Polis turut merampas satu unit telefon bimbit, satu helai resit bertulis angka Fifa World Cup 2022 Qatar, satu unit pencetak dan sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Remaja perempuan yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan ‘bookie’ Piala Dunia.

Poge menambah suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Suara Sarawak