Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang beberapa kawasan di Sarawak

KUCHING: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak.

Jabatan Meteorologi Malaysia Sarawak berkata, ia membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu (Tatau), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Katanya, cuaca buruk tersebut berlarutan sehingga 7:00 malam ini.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya hari ini.

Suara Sarawak