Rumah di Desa Moyan terbakar 70 peratus

KUCHING: Sebuah rumah di Lorong Moyan 1C, Desa Moyan di sini, terjejas teruk dalam kebakaran yang berlaku pada jam 12.40 tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis kekal dua tingkat berkembar Semi D yang terbakar sehingga 70 peratus.

KAWAL… Pasukan bomba menjalani operasi kawalan dan pemadaman api.

Menurutnya, api berjaya dikawal oleh pasukan operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama BBP Batu Lintang kira-kira jam 1.16 petang.

“Usaha memadam sisa bara serta punca api kebakaran dilakukan setibanya pasukan operasi di lokasi kejadian.

HANCUR….Keadaan dalam kediaman hangus dijilat api.

“Kejadian tidak melibatkan kecederaan mangsa serta kehilangan jiwa dan semua penghuni tiada di rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, operasi memadam kebakaran disertai seramai 16 anggota bomba bertugas diketuai komander operasi, TPgB II Latif Iring.

Suara Sarawak