SERIAN: Sebuah rumah kediaman musnah dalam kebakaran di Lorong 31 Kampung Taee, dekat sini kira-kira jam 11. 14 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, insiden terbabit menyebabkan kediaman itu terbakar 90 peratus.

Bagaimanapun katanya semasa kejadian, rumah didiami enam keluarga tersebut kosong dan tidak berpenghuni.
“Petugas dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian bersama BBP Siburan berjaya memadam kebakaran menggunakan kaedah RECEO.

“Insiden itu juga tidak melibatkan sebarang kematian dan kecederaan terhadap mangsa dan anggota,” katanya.
Jelasnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.50 dan dipadam sepenuhnya pada jam 12.58 tengah hari.