KUCHING: Temasya Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Patinggi Kedit, Betong Edisi Ke-39 2022 berlangsung baru-baru ini, menyaksikan pertembungan empat pasukan dengan nama tersendiri.

Seperti diramal, Rumah Rentap berjaya muncul juara selepas berjaya menggumpul 502 mata. Manakala, pesaing terdekat iaitu Rumah James Brooke sekadar berpuas hati ditempat kedua dengan 442 mata yang diperoleh.

Tempat ketiga milik Rumah Sharif Masahor (420 mata), sambil Rumah Patinggi Ali menduduki tempat keempat (340 mata).

JUARA…Atlet dan guru dari Rumah Rentap merakam gambar selepas muncul juara.

Dalam pada itu, atlet sensasi dari Rumah James Brooke, Wesley Ryan Brander yang berjaya meraih lima pingat emas muncul penerima anugerah Olahragawan Terbaik.

Manakala, Agness Sunggau Richard muncul penerima anugerah Olahragawati Terbaik. Atlet dari Rumah Rentap itu berjaya meraih dua pingat emas selain mencipta rekod baharu kejohanan dalam acara lempar cakera.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengetua SMK Datuk Patinggi Kedit Abdul Talib Sulaiman.

TERBAIK…Agness Sunggau Ricard (kanan) menerima hadiah daripada Abdul Talib Sulaiman (kiri) selepas diumum sebagai Olahragawati Terbaik.

Temasya tersebut berlangsung selama empat hari bermula dari 5 hinga 8 Disember.

Ia merupakan pentas bagi memilih atlet terbaik bagi menghadapi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Betong yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2023.

Suara Sarawak