SIBU: Dua buah rumah teres dua tingkat di Jalan Chong Sang, Lanang dilaporkan terbakar dalam satu kejadian kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.05 tengahari.

ANGGOTA bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

Susulan itu jelas beliau, BBP Sibu Sentral mengerahkan 12 anggotanya yang diketuai PBK II Donny Sumping beserta sebuah jentera FRT, EMRS dan pacuan empat roda ke lokasi kejadian.

Ujarnya, Ketua BBP Sibu Sentral PKPgB Suna Kaha turut bertindak sebagai komander operasi.

ANGGOTA bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua buah rumah teres dua tingkat.

“Anggota bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan 2 aliran 200 kaki, 2 nozel dan 1 pam angkut serta menggunakan air dari parit (sumber air terbuka),” jelasnya.

ANGGOTA bomba ketika berusaha memadamkan kebakaran tersebut.

Menurut beliau, kebakaran tersebut telah menyebabkan kemusnahan di bahagian belakang bangunan yang disambung dan dijadikan sebagai bahagian dapur.

Peratus kemusnahan pada rumah yang pertama (No.15), katanya, adalah lebih kurang 60 peratus sementara di rumah yang kedua (No.16) adalah lebih kurang 20 peratus.

Antara barangan di dalam rumah terbabit yang musnah dijilat api.

Beliau mengatakan keluasan adalah lebih kurang 30 kaki x 60 kaki untuk setiap rumah.

“Dimaklumkan juga rumah No.15 telah disewa oleh seramai 10 penghuninya manakala rumah No.16 didiami oleh empat orang.

“Semasa kebakaran kesemua penghuni rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri,” katanya lagi.

Ujarnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.17 tengahari dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.38 petang.

Suara Sarawak