JUARA…Barisan pemain Saratok Junior selepas menerima hadiah kemenangan selesai perlawanan akhir di gelanggang Bola Tampar Saberkas Arena Saratok

SARATOK: Saratok Junior muncul juara selepas berjaya menewaskan Kapit Voleyball Team (KAVT) dalam aksi akhir pertandingan Bola Tampar Karnival Sukan Saberkas (KASUS) Cawangan Kalaka 2022, semalam.

Pasukan tuan rumah berjaya mengungguli tiga set terakhir dalam permainan lima set terbaik dengan keputusan (25-17), (15-25), (18-25), (21-25).

Berbanding KAVT yang menang set pertama, gagal meneruskan rentak kemenangan sehingga ke lebihan set penentuan terakhir.

Keputusan sekali gus menyaksikan pasukan pelawat gagal menebus kesilapan perlawanan timbal balik dalam peringkat kumpulan B.

Sementara itu, pasukan Wildcats Junior dan Infinity masing-masing berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama setelah gagal melangkah ke peringkat akhir perlawanan.

Kejohanan yang berlangsung di gelanggang Bola Tampar Saberkas Arena disertai 15 pasukan berentap terdiri daripada pasukan Betagum, Sobat 88, TVC, MVC, Project X, Rhino VT, Masbro 96, Venture VC, Fire Attack dan Kabong Saberkas VT.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM800, trofi dan juga medal.

Manakala, naib johan menerima RM500, trofi dan medal diikuti tempat ketiga bersama masing-masing menerima wang tunai RM200, trofi dan medal.

 

 

Suara Sarawak