Junaidi menyampaikan anugerah kepada antara penerima, turut disaksikan Mohamed Khaidir

KUCHING: Sebanyak 23 anugerah sempena Sambutan Hari Inovasi dan Integriti serta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (HIIS) Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) 2022 disampaikan kepada warga kerja DBKU.

Datuk Bandar DBKU Datuk Junaidi Reduan berkata, anugerah tersebut mampu menyemarakkan budaya inovasi dan pengamalan nilai integriti dalam kalangan warga kerjanya.

“Inovasi atau pembaharuan dan juga integriti merupakan elemen penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberíkan sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.

“Justeru, saya berharap agar budaya kerja yang menggalakkan integriti dan inovasi ini dapat dikekalkan dan diteruskan.

“Ia agar kita dapat bersama-sama mencapai visi dalam menyampaikan perkhidmatan yang bertaraf dunia kepada masyarakat,” katanya.

Dapat epaper STSS

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan HIIS DBKU 2022, di Hotel Imperial, di sini, hari ini.

Sementara, penyampaian anugerah telah disampaikan oleh Junaidi, turut disaksikan Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang dan lain-lain.

“Penghargaan yang diberikan ini diharap dapat menghindari warga kerja DBKU daripada amalan yang tidak berintegriti serta kelakuan yang bertentangan dengan etika sebagai penjawat awam, sekali gus sentiasa memberikan fokus kepada usaha memperkasakan prinsip integriti bagi peningkatan kualiti sistem perkhidmatan DBKU,” katanya ringkas.

Junaidi dan Mohamed Khaidir bergambar bersama-sama semua penerima anugerah sempena HIIS

Suara Sarawak