KUI HIAN menyerahkan dana Kerajaan Sarawak kepada pihak HUS bagi pembinaan tempat sembahyang untuk kegunaan masyarakat pelbagai agama di HUS.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak (HUS) akan membina tempat ibadah untuk kegunaan masyarakat pelbagai agama di hospital berkenaan.

Projek pembinaan yang dijangka mengambil masa enam bulan ini disasarkan untuk bermula pada  Januari depan.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, inisiatif bersama ini menggambarkan dasar keterangkuman kerajaan dan iltizam untuk memenuhi permintaan orang ramai terhadap sesuatu keperluan penting.

“Justeru saya mengharapkan kemudahan serupa dapat disediakan di hospital lain di Sarawak dalam masa terdekat,” katanya.

Cek sumbangan untuk mendirikan rumah ibadat tersebut diserahkan oleh Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian kepada Pengarah HUS Dr. Ngian Hie Ung.

Suara Sarawak