BINTANGOR: Sekurang-kurangnya tiga kawasan di Julau dilanda banjir selepas air sungai naik mendadak akibat hujan lebat berterusan sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, lokasi terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Kedup, Rumah Endu Rantau Setebang dan Kampung Rambutan.

Bagaimanapun katanya, banjir di SK Nanga Kedup telah surut dan kembali ke paras normal.

Anggota bomba meredah banjir dalam pemantauan di salah satu lokasi di Julau, hari ini.

“Pemantauan bomba mendapati jalan masuk sepanjang 50 meter ke Rumah Endu sepanjang 100 meter tidak boleh dilalui kenderaan disebabkan limpahan air hujan sedalam 10 kaki.

“Begitu juga jalan masuk ke Kampung Rambutan yang dinaiki air setinggi lapan kaki. Kedua-dua lokasi ini menunjukkan trend air menurun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mahmudin berkata, sepanjang pemantauan hampir lima jam bermula 9.10 pagi, cuaca dalam keadaan mendung dan tiada hujan.

Setakat ini katanya, keadaan masih terkawal dan tidak ada pemindahan mangs banjir dilakukan.

“Pihak bomba menasihati penduduk agar sentiasa berwaspada dan segera berpindah sekiranya diarahkan berbuat demikian,” katanya.

Suara Sarawak