Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam insiden kemalangan di Jalan Assan Nunggang di Jalan KJD dekat sini, hari ini.

SIBU: Seorang lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam insiden kemalangan jengkaut jatuh gaung di Jalan Assan Nunggang, di Jalan KJD dekat sini, hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 3:18 petang itu, mangsa John Singke, 62, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pasukan penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang juga tersepit menggunakan peralatan penyelamat pada jam 5 petang.

Menurutnya, mangsa yang berjaya dikeluar kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 5.52 petang.

“Mangsa juga telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Jarak ke lokasi kejadian dari jalan utama juga kira-kira 400 meter dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Bintangor bergerak membawa peralatan dengan berjalan kaki kerana tiada akses untuk jentera ke lokasi.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam insiden kemalangan di Jalan Assan Nunggang di Jalan KJD dekat sini, hari ini.

Suara Sarawak