Gambar fail

BANJIR, bencana yang berlaku di negara ini saban tahun. Banjir besar lazimnya berlaku pada setiap akhir tahun disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) sekitar November hingga Mac.

Untuk Semenanjung Malaysia, banjir semasa musim tengkujuh sering mula berlaku bermula pada November hingga Disember, seterusnya diikuti Januari hingga Mac bagi Sabah dan Sarawak.

Memandangkan geografi negara ini, kebanyakan banjir yang berlaku adalah hasil semula jadi kitaran monsun — hujan lebat dan kerap dalam tempoh tersebut.

Selain disebabkan masalah perparitan yang tidak mencukupi di banyak kawasan bandar yang turut meningkatkan kesan daripada hujan lebat, walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk menyelesaikannya.

Tahun ini, banjir di kebanyakan kawasan di Sarawak mula berlaku sejak Khamis lalu susulan keadaan hujan lebat yang turut melanda Kelantan dan Terengganu, yang diramal beralih ke Pahang, Johor dan ke kawasan barat negeri ini.

Sementara luruan kedua MTL 2022/2023 yang sebelum ini bermula pada 17 hingga 21 Disember, akan berlarutan sehingga 25 Disember.

Malah lebih diburukkan apabila king tide diramalkan berlaku di Sarawak dari 22 hingga 30 Disember, dengan ketinggian mencecah sehingga 6.2 meter pada 24 hingga 26 Disember ini.

Ia merupakan kerisauan besar terutamanya bagi penduduk khususnya yang tinggal di kawasan rendah, berhampiran sungai serta penempatan yang mengalami masalah perparitan.

Ragut nyawa Bah yang deras bukan sahaja boleh merosakkan harta benda, menenggelam rumah atau kenderaan, malah dengan mudah boleh meragut nyawa jika kita tidak berhati-hati.

Dalam pada itu, mereka yang tinggal berhampiran sungai turut berdepan ancaman haiwan pemangsa seperti buaya, ular dan sebagainya kerana kejadian air pasang dan banjir yang menyebabkan air sungai melimpah, membolehkan reptilia itu keluar dari habitat asalnya. Banjir bukan fenomena biasa.

Pada musim bah ini, kita akan menyaksikan timbunan sampahsarap dan takungan najis keluar bersama limpahan air.

Natijahnya, ‘semua benda-benda’ itu boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit berjangkit.

My Health menerusi Garis Panduan Pengurusan Banjir menyatakan, antara penyakit berjangkit yang mudah merebak semasa dan selepas banjir adalah jangkitan pernafasan akut, konjunktivitis atau sakit mata, leptospirosis, cirit-birit, disentri, hepatitis A dan taun.

Selain itu, orang ramai juga mudah terdedah dengan penyakit demam kepialu, keracunan makanan, demam denggi, jangkitan kulit, demam campak, penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD), malaria dan cacar air.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan antara langkahlangkah yang perlu diambil ketika musim hujan dan jika berlakunya banjir termasuk memastikan bekalan air adalah bersih dan tidak tercemar, air minum dimasak terlebih dahulu, memasak semua makanan dengan sempurna serta mengutamakan kebersihan diri khususnya membasuh tangan dengan air bersih dan sabun selepas menggunakan tandas.

Jaga kebersihan Orang ramai juga diingatkan untuk menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal dan kawasan yang berdekatan dan tidak membuang sampah meratarata, serta memastikan saliran air tidak tersumbat oleh sampah sarap, lumpur dan dahan pokok.

Segera dapatkan rawatan jika mengalami penyakit seperti demam panas, sakit perut, ciritbirit, muntah dan lain-lain.

Selain itu, mengutamakan keselamatan khususnya kanakkanak agar tidak terdedah kepada air banjir bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti lemas, kecederaan serta jangkitan penyakit dan mengelakkan daripada menyentuh dawai elektrik yang jatuh berdekatan air banjir.

Suara Sarawak