HEBAT…Barisan pemain pasukan EX-SPT FC.

KUCHING: Permulaaan cemerlang bagi skuad X-SPT FC apabila berjaya muncul naib juara Liga Bola Sepak Veteran Samarahan 2022.

Menamatkan saingan dengan menggumpul 10 mata selepas mengharungi lima perlawanan.

“Permulaan cukup hebat bagi kami, ini merupakan penampilan sulung X-SPT FC dalam kejohanan tempatan dan berjaya muncul naib juara,” ujar pengurus pasukan, Musa@Tuwet Hamid.

Menurut Musa, beliau turut menzahir ucapan terima kasih kepada semua pemain kerana telah memberi komitmen begitu tinggi sepanjang mengharungi perlawanan dalam kejohanan terbabit.

Musa berharap kejayaan bergelar naib juara itu akan menjadi pencetus semangat kepada para pemain untuk siap sedia menyertai kejohanan lain pada masa akan datang.

“Ada beberapa kejohanan berprestij yang akan kita sertai tahun depan.

“Saya percaya kejayaan ini akan dapat mematangkan para pemain,” tambah Musa lagi.

Sambil mengakui penampilan pasukannya musim depan dijangka lebih mantap dengan kehadiran beberapa pemain berstatus bintang yang pernah bermain bersama kelab handalan.

Suara Sarawak