ARTIKEL

2023 di landasan tepat jadi tahun paling panas pernah direkod

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

LONDON: 2023 berada di landasan betul untuk menjadi tahun paling panas yang pernah direkod menurut Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

September paling panas dicatatkan di seluruh dunia berikutan musim panas yang memecahkan rekod suhu tahun ini, kata balai cerap Copernicus.

Suhu pada September tahun ini adalah setengah darjah lebih panas daripada September yang paling panas yang pernah direkod sebelum ini, dan hampir satu darjah lebih panas daripada purata September antara tahun 1991 dan 2020.

“Suhu yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada waktu yang diperhatikan pada September – berikutan musim panas yang mencatatkan rekod – telah mengatasi rekod dengan jumlah yang luar biasa,” menurut timbalan pengarah Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus, Samantha Burgess dalam kenyataan media mengumumkan penemuan tersebut.

Suhu sepanjang 2023 kini berada di landasan untuk menjadi 1.4 darjah Celsius di atas suhu purata pra-industri, kata Burgess.

Itu hanya 0.1 darjah di bawah sasaran yang ditetapkan oleh Perjanjian Iklim Paris, yang bertujuan untuk mengehadkan pemanasan kepada 1.5 darjah menjelang akhir abad ini.

Bagaimanapun pada September, suhu sudah mencecah 1.75 darjah lebih tinggi daripada dalam tempoh rujukan pra-industri dari tahun 1850 hingga 1900.

Penemuan itu berdasarkan analisis yang dijana komputer yang menggabungkan berbilion-bilion ukuran daripada satelit, kapal, pesawat dan stesen cuaca di seluruh dunia. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan