MUKAH: Sebanyak 214 karton minuman keras pelbagai jenama disyaki tanpa cukai kastam berjaya dirampas menerusi Operasi Kontraban, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Mukah Superitenden Muhamad Rizal Alias berkata, nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM35,321.30.

“Operasi ini dijalankan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Bintulu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah berdasarkan maklumat serta risikan.
“Pasukan seterusnya memeriksa sebuah kediaman di Jalan Pam Stesen Lama, Mukah dan minuman keras berkenaan dijumpai di dalam dua stor berkunci dalam.

“Semasa serbuan, kediaman tersebut adalah kosong dan tiada suspek yang mengaku memiliki minuman keras berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Tambahnya, kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah dan diserahkan kepada bahagian siasatan jenayah untuk siasatan lanjut.
