KUCHING: Sebanyak 216 kes baharu Covid-19 dengan dua kematian di Sibu direkodkan pada minggu kedua epidemiologi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes mencecah 324,087.

Sebahagian besar kes baharu iaitu 211 diklasifikasikan dalam kategori klinik satu dan dua.

Penyumbang terbesar kekal daerah Kuching dengan 78 kes.

Diikuti Sibu (26 kes), Miri (23 kes), Bintulu (12 kes) dan Samarahan 10 kes.

Manakala, tiada kes dilaporkan di 17 daerah iaitu Pakan, Siburan, Sebauh, Lawas, Tebedu, Song, Beluru, Marudi, Julau, Meradong, Tanjung Manis, Telang Usan, Belaga, Lingga, Pantu, Gedong dan Sebuyau.

Suara Sarawak