BAU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiktiraf keadaan ekonomi Sarawak yang kukuh, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Abang Johari menerima panggilan Anwar untuk bersarapan bersama-sama dan beliau (Anwar) secara berseloroh memaklumkan kepadanya mengenai kedudukan kewangan negara termasuk hutang negara yang banyak.

“Boleh Sarawak kasi saya pinjam kah? Tetapi dia bergurau.

Abang Johari berucap sempena Pembukaan Rasmi Kampung Budaya Bidayuh (BCV) dan sambutan ulang tahun ke-25 Redeems di Pusat Redeems, di sini.

Ini bermaksud dia mengiktiraf bahawa ekonomi Sarawak kukuh,” katanya berucap sempena Pembukaan Rasmi Kampung Budaya Bidayuh (BCV) dan sambutan ulang tahun ke-25 Redeems di Pusat Redeems, Kampung Apar di sini malam tadi.

Majlis turut dihadiri Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Presiden Redeems Datuk Peter Nansian serta kenamaan yang lain.

Dengan masa hadapan yang cerah menanti Sarawak menjelang 2030, Abang Johari berkata, Sarawak boleh menjadi negeri maju seperti Singapura yang mempunyai ekonomi maju di rantau ini.

Katanya, Singapura suatu ketika merupakan pulau yang berpaya tetapi (bekas Perdana Menteri Singapura) mendiang Lee Kuan Yew mengubah Singapura seperti apa yang dilihat hari ini.

“Singapura tidak mempunyai sumber berbanding Sarawak, mereka mempunyai tenaga pemikir.

Tenaga pemikir di Sarawak belum cukup kuat namun di sini kita mempunyai sumber untuk memacu pembangunan Sarawak.

Tenaga pemikir boleh dilatih.

“Jika Lee Kuan Yew boleh mengubah Singapura, kita juga boleh mengubah Sarawak,” ujarnya.

Suara Sarawak