SARIKEI: Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei meraih pencapaian terbaik apabila dinobatkan sebagai Balai Bomba Cemerlang sempena sambutan Hari Inovasi, tahun lalu.

Lebih membanggakan balai bomba itu menduduki tempat ketiga daripada keseluruhan 365 buah balai di seluruh negara.

Berkongsi kejayaan itu, Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, pencapaian tersebut adalah hasil kerjasama semua pihak khususnya pegawai dan anggota balai berkenaan.

Warga Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menyertai sukaneka sempena sambutan Hari Keluarga anjuran balai itu, pada Sabtu.

“Kita semua sama sekali tidak menyangka mencapai kejayaan sebesar itu. Ia merupakan satu pencapaian tertinggi yang diberikan oleh pengurusan peringkat atasan. Sudah pasti, ia sesuatu yang amat bermakna.

“Pencapaian ini diperolehi hasil komitmen dan usaha seluruh warga Balai Bomba Sarikei,” katanya pada Majlis Jamuan Makan Malam sempena Sambutan Hari Keluarga di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mahmudin menggesa semua anggota supaya mengekal momentum dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Suara Sarawak