KUCHING: Seorang gadis Orang Kelainan Upaya (OKU) dikhuatiri hilang apabila tidak pulang ke rumahnya di Kampung Gita, di sini, selepas keluar sejak pagi hari ini.

Menurut kakaknya, Zaza Rosli dalam satu hantaran di Facebook, usaha mencari adiknya, Sadiah Rosli telah dijalankan.

“Dari pagi tadi kami sekeluarga mencarinya, tetapi tidak berjaya.

“Malah kami juga telah mencari di rumah-rumah berhampiran tetapi tidak ada,” katanya.

Difahamkan gadis berusia 26 tahun itu kali terakhir dilihat mengenakan baju berwana merah jambu dan membawa beg.

“Ada yang mengatakan adik saya telah menaiki kereta berwarna putih di kawasan perumahan di Gita.

“Di sini saya ingin memohon jasa baik anda semua jika ada ternampak adik saya, sila hubungi saya dengan segera di talian 0146881665,” katanya.

Laporan polis berhubung kehilangan Sadiah juga telah dibuat untuk tindakan lanjut.

Suara Sarawak