KUCHING: Bazar Seni Mural Neurodivergen yang berlangsung pada 13 hingga 15 Januari di Hotel Telang Usan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai komuniti neurodivergen atau masyarakat spektrum autisme.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, penganjuran acara amal ini selaras visi Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) iaitu “Meningkatkan Kualiti Hidup Penduduk Kuching Selatan”.

“Mural ini telah disiapkan dengan bantuan 18 artis neurodivergen dari pelbagai organisasi yang mewakili makna sebenar spektrum, dan bekerjasama mencipta mural sebagai simbol penerimaan, pemahaman dan pemerkasaan,” katanya.

SIMBOLIK… Wee melakukan simbolik Pelancaran Seni Mural dan Bazar Neurodivergen 2023. Photo Aliff Noni

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Seni Mural dan Bazar Neurodivergen 2023 di Telang Usan Hotel di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata terdapat seramai 579,150 orang kurang upaya di Malaysia, iaitu kira-kira 1.8 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Katanya, jumlah tersebut telah dikemas kini setakat 31 Mei 2021 mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menguruskan pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU).

“Golongan ini juga merupakan ahli komuniti kita justeru, mereka berhak mendapat lebih banyak kesedaran, sokongan dan pengiktirafan.

“Selain itu, ia juga menekankan betapa penting bagi Malaysia untuk melihat dan menilai semula Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Suara Sarawak