KUCHING: Penganjuran Liga Lundu 2023 masih belum dapat dipastikan sehingga kini.

Teka-teki berhubung perkara itu timbul berikutan Kompleks Sukan Lundu yang akan ditutup sementara bagi memberi laluan proses menaik taraf gelanggang sukan terbabit.

Pengerusi Kelab Bola Sepak Lundu Ramlee Hassan menegaskan, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai penutupan Kompleks Sukan Lundu sebelum ini.

PENGERUSI…Ramlee Hassan

Sekali gus, memberi bayangan penganjuran Liga Lundu 2023 masih belum dapat dipastikan lagi.

“Kompleks Sukan Lundu akan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kerja menaik taraf.

“Segalanya bergantung kepada keadaan semasa, sama ada penganjurannya sedikit lewat atau mungkin terpaksa ditangguh,” ujar Ramlee kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Ramlee, pihaknya berharap kerja-kerja menaik taraf Kompleks Sukan Lundu berjalan lancar sepenuhnya.

Lantas, membolehkan penganjuran Liga Lundu 2023 dapat dilangsungkan pada tahun ini.

Suara Sarawak