Larry Francis

1.Larry Francis, 53
“Kehadiran perdana menteri ke Sarawak sememangnya memberi impak kepada masyarakat setempat kerana menunjukkan komitmen beliau terhadap wilayah ini. Oleh itu, ini merupakan langkah tepat untuk terus mendapat kepercayaan dalam kalangan masyarakat.

Franklin Stuhi

2.Franklin Stuhi, 38
“Selain memberi impak positif kepada peniaga setempat, lawatan perdana menteri menerusi kenduri makan ini juga dapat merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat setempat. Kita dapat lihat perpaduan antara kaum di negeri ini dalam program seperti ini.

Afiqah Nadzirah Zulkernine

3.Afiqah Nadzirah Zulkernine,25
“Majlis kenduri makan yang diadakan pada hari ini merupakan satu langkah yang bijak dalam merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat. Justeru, kunjungan seumpama ini diharap dapat dilaksanakan dengan lebih kerap pada masa akan datang.

Izni Haziyah Latiff

4.Izni Haziyah Latiff,24
“Bertemu dengan Datuk Seri (Anwar) secara fizikal sememangnya satu pencapaian kerana beliau merupakan suri teladan kepada saya. Beliau mempunyai tokoh yang baik sebagai perdana menteri menyebabkan saya teruja untuk bertemu dengan beliau.

Aisyah Suffiah Emran Ezan

5.Aisyah Suffiah Emran Ezan, 23
“Kunjungan perdana menteri ke sini dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk mengenali beliau lebih dekat lagi. Sekali gus, dapat menonjolkan peranan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia.

Suara Sarawak