KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menceroboh masuk bangunan kerajaan.

Tertuduh Lim Khiong Meu, 49, mengaku bersalah di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali selepas satu pertuduhan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja menceroboh masuk ke kawasan Permata Hydro Ship, Jabatan Laut Sarawak, di sini, sekitar jam 7.15 pagi, 10 Januari lalu.

Syarifah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 10 Januari lalu selain dirujuk ke Jabatan Imegrisen Malaysia selepas menjalani hukuman penjara.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suara Sarawak