BINTULU: Dua lelaki tempatan ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen atau surat kebenaran membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH).

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Bartholomew Umpit berkata, kedua- dua suspek ditahan di sekitar kawasan Bintulu, semalam.

Kenderaan yang dirampas kerana dipercayai membawa diesel tanpa kebenaran KPDNKSH.

“Turut dirampas sebuah kenderaan berisi satu tong segi empat jenis IBC TANK 1, 000 liter dan sebuah Mitsubishi Triton yang membawa tiga tong dram dengan satu tong berisi minyak diesel.

“Kesemua barang rampasan dan tangkapan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDNKSH Bintulu untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenderaan yang dirampas kerana dipercayai membawa diesel tanpa kebenaran KPDNKSH.

Sehubungan itu, Bartholomew memberi amaran kepada mana-mana pihak atau individu agar tidak terlibat dalam isu ketirisan barang kawalan.

“Operasi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa pada masa hadapan dan kita sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai,” tambahnya.

Suara Sarawak