PRESIDEN PTBPNS…Jimmy Siang.

KUCHING: Dua kejohanan berprestij berada dalam kalendar Persatuan Tenpin Boling Para Negeri Sarawak (PTBPNS) pada tahun ini.

Antaranya kejohanan Tenpin Boling Amal PTBPNS 2023 yang dijadual berlangsung 3 hingga 4 Mac nanti. Selain Kejohanan Tenpin Boling Hari OKU Sedunia 2023 yang akan berlangsung pada 14 Mei nanti.

Presiden PTBPNS Jimmy Siang berkata, mesyuarat barisan exco badan induk berkenaan telah berlangsung Ahad lepas.

Menurutnya, beberapa perkara telah dibincang semasa mesyuarat tersebut dan dua kejohanan terbabit antara yang akan dilangsungkan kelak.

“Meskipun kejohanan terbabit mempunyai persepsi berbeza akan tetapi ia dijangka mendapat sambutan yang hangat nanti,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Jimmy percaya kedua-dua kejohanan itu mampu mencuri tumpuan peminat pelbagai lapisan peringkat umur terutama barisan atlet atau peminat daripada kelompok individu Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kita percaya golongan OKU juga akan turut serta dalam kejohanan itu nanti termasuk mereka yang normal,” jelas Jimmy.

Suara Sarawak