PADAWAN: Dua lelaki maut pada awal pagi tahun baharu apabila motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri di jalan Kampung Menjau, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.25 pagi melibatkan mangsa berumur 19 tahun dan 21 tahun.

Yamaha Lagenda dinaiki mangsa berumur 21 tahun mengalami kerosakkan.

“Kejadian berlaku apabila mangsa, 19 tahun, yang menunggang motosikal Suzuki RG bergerak menuju ke Kampung Tabuan Rabak dari arah Kampung Menjau sementara mangsa, 21 tahun, menunggang Yamaha Legenda dari arah Kampung Tabuan Rabak ke Kampung Menjau.

“Apabila sampai ke lokasi kejadian, kedua-dua penunggang disyaki bertembung secara berhadapan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Penunggang Suzuki RG maut di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa berumur 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Serian ketika menerima rawatan.

“Kes disiasat di bawah Akta 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Suara Sarawak