KUCHING: Gadis Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikhuatiri hilang semalam ditemui selamat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan gadis tersebut ditemui dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kecederaan.

“Dia ditemui di kawasan Saujana, jam 8 malam tadi oleh sepasukan polis Balai Polis Gita,” katanya.

Terdahulu, Ahsmon berkata pihaknya melancarkan pencarian susulan menerima laporan dari ahli keluarga mangsa yang dibuat semalam.

Katanya, kehilangan mangsa turut dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang lain.

Gadis bernama Sadiah Rosli berumur 26 tahun dikatakan hilang apabila tidak pulang ke rumahnya di Kampung Gita, di sini selepas keluar sejak dari pagi.

Kakaknya, Zaza Rosli turut memuat naik hantaran di Facebook berhubung kehilangan adiknya dan turut membuat pencarian.

Suara Sarawak