Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Rakyat Sarawak digesa agar tidak mengambil mudah semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semangat perpaduan perlu dipelihara bagi memastikan Sarawak mempunyai asas yang kukuh ke arah kemajuan dalam tempoh lapan tahun akan datang sebelum 2030.

“Dengan memenangi 76 daripada 82 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2021, kita mempunyai kerajaan yang cukup kuat untuk mentadbir Sarawak dan membangunkan ekonominya dengan baik.

“Malah, suara kita di Parlimen mesti terus diperkuatkan dengan sokongan padu seluruh rakyat Sarawak.

“Syukur selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Sarawak masih menjadi sebahagian besar Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2023 semalam.

Abang Johari bersyukur kerana kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkongsi tanggungjawab mentadbir negara sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Suara Sarawak