CENDERAHATI…Iswandy Ali Hassan (dua kanan) menyerahkan cenderahati kepada Presiden BDFA, Abang Suhordie Abang Zaini (empat kiri).

KICHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) akan menentang Kelantan FC aksi buka tirai kempen Liga Super 2023 pada 25 Februari nanti.

Perlawanan sulung kedua-dua pasukan terbabit berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City Iswandy Ali Hassan memberitahu, jadual rasmi saingan Liga Super 2023 sudah dikeluarkan dan kita (Kuching City) akan menentang Kelantan FC di gelanggang lawan untuk perlawanan pertama musim ini.

“Perlawanan pertama kita akan menentang Kelantan FC di gelanggang lawan.

“Selepas itu akan menanti kunjungan Selangor FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 2 Mac,” ujar Iswandy kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Iswandy turut menyatakan, skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim akan terbang ke Kemboja untuk meneruskan rangka persiapan menghadapi kempen Liga Super 2023.

Menurut Iswandy, selain menjalani latihan, pemain akan mengharungi tiga perlawanan persahabatan membabitkan kelab handalan dari negara jiran itu.

“Kita akan menguji tiga kelab handalan di Kemboja, pemain akan berangkat pada minggu depan,” tambah Iswandy lagi.

Skuad Kuching City kini dalam rangka menjelajah ke tiga bahagian iaitu Mukah (24 Januari), Betong (26 Januari) dan Sibu (28 Januari).

Suara Sarawak