IMPORT BAHARU…Sudi Abdallah.

KUCHING: Bekas penyerang kelab sensasi dari Iraq (Al Naft SC) Sudi Abdallah, 23, antara import terbaharu skuad Kuching City FC (KC FC) musim ini.

Sekali gus, lengkap sudah lima import terbaharu buat The City Boys.

Sebelum ini, empat pemain import baharu sudah pun menyertai kem latihan bersama-sama rakan sepasukan.

Pemain terbabit ialah ialah Kuziev Sirojiddin Salohiddin, 27 (tengah/Uzbekistan), Mihailo Jovanovic, 34 (pertahanan/Serbia), Ferreira Dos Santos Celio, 36 (pertahanan/Timor Leste) dan Julian Schwarzer Garcia, 23 (penjaga gol/Filipina).

Skuad Kuching City selepas berakhir kempen Liga Premier 2022 hanya mengekalkan dua pemain import sedia ada iaitu Abu Kamara (penyerang/Liberia) dan Yuki Tanigawa (pertahanan/Jepun).

Kini menyaksikan seramai tujuh pemain import berada dalam kem kendalian Irfan Bakti Abu Salim.

Suara Sarawak