KUCHING: Lima buah kenderaan disita menerusi Operasi Ambang Tahun Baharu 2023 malam tadi yang dijalankan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Sarawak.
Jurucakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak berkata, pihaknya turut mengeluarkan notis ketidakpatuhan jalan raya atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada pelindungan insuran, penyalahgunaan lampu HID dan sebagainya.

“Operasi yang dijalankan berfokus untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta kaedah-kaedah dibawahnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi turut dihadiri Pengarah JPJ Sarawaak Norizan Jili, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Negeri Maya Morshidi dan Ketua Seksyen Operasi Negeri Saifullah Ali.