BETONG: Sebuah lori lima tan milik J&T Express terlibat dalam kemalangan kendiri di Entalun, Skrang, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, kenderaan yang dipandu lelaki berusia 28 tahun itu terbabas ke tepi parit.

TERBABAS….Lori milik J&T Express terbabas ke tepi parit.

“Pemandu dan kelindan berjaya dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah dihantar ke hospital Betong menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ketibaan bomba.

“Dua mangsa kemalangan tersebut mengalami kecederaan ringan dan tiada tindakan operasi dijalankan,” katanya.

PERIKSA….Pasukan bomba memeriksa lori J&T Express.

Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Suara Sarawak