KUCHING: Bahang perayaan sambutan Tahun Baharu Cina 2023 makin dirasai apabila masyarakat Cina mula sibuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan tahun Arnab esok hari.

Antara tempat yang menjadi tumpuan masyarakat di sekitar Kuching untuk membeli barang keperluan ialah di pasar raya Emart.

MERIAH… Orang ramai turut membuat persiapan membeli barangan harian sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) esok hari.

Tinjauan Suara Sarawak hari ini mendapati orang ramai sibuk membuat persiapan terakhir untuk membeli pelbagai dekorasi, biskut dan sebagainya.

Menurut salah seorang pengunjung yang dikenali sebagai Jessica Lim, 28, persiapannya tahun ini adalah mengumpulkan kesemua ahli keluarga datang melawat dan mengadakan makan malam secara besar-besaran.

MERIAH… Orang ramai turut membuat persiapan membeli barangan harian sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) esok hari.

Katanya, beliau berhasrat untuk mengumpulkan semua ahli keluarga kerana ia dapat mewujudkan memori dan kenangan indah kerana jarang berjumpa.

“Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina setiap tahun, saya akan membeli pakaian baharu bersama-sama kakak,” katanya ketika ditemui di pasar raya Emart, hari ini.

MERIAH… Orang ramai turut membuat persiapan membeli barangan harian sempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) esok hari.

Sementara itu, Desmond Lim, 25, berkata setakat ini perkara yang dilakukan sebagai persiapan terakhir adalah membersihkan seluruh rumah terutamanya lantai yang merupakan satu kemestian bagi setiap masyarakat Cina.

Selain itu katanya, bermain bunga api adalah tradisi masyarakat Cina untuk menghalau roh jahat sambil teruja mendengar bunyi letupan.

Desmond Lim

“Kami juga akan menyediakan kerusi yang mencukupi untuk memastikan semua orang mempunyai tempat duduk, kami tidak mahu ada tetamu yang duduk di atas lantai walaupun ia telah dibersihkan dengan betul,” katanya.

Suara Sarawak