KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 47 tahun ditemui meninggal dunia di kawasan ladang FELCRA di dalam kereta, hari ini.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Samarahan Brodie Brangka berkata, mayat ditemui oleh salah seorang pekerja di tempat kejadian sebelum insiden dilaporkan kepada pihak polis pada jam 12.05 tengah hari.

“Semasa saksi (pekerja terbabit) memeriksa kenderaan tersebut mendapati ada mangsa berada di dalam kenderaan.

JUMPA…Kenderaan mangsa dijumpai di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan dari Institut Pusat Jantung Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil siasatan awal katanya, pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada kesan kecederaan dijumpai pada badan si mati.

Susulan itu katanya, mayat telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan bedah siasat.

“Kes masih dalam siasatan dan setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” ujarnya.

Suara Sarawak