KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diseru untuk mengambil alih semula kawalan dan pengurusan Pusat Kitar Semula Taman BDC bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Pembantu Khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Michael Kong Feng Nian berkata, ia kerana terdapat sekumpulan pemungut barang buangan menunjukkan aksi kurang menyenangkan dan tindakan berani di pusat tersebut.

Aksi semasa sekumpulan pemungut barang buangan melakukan pengumpulan barang di Pusat Kitar Semula Taman BDC.

Menurutnya, mereka juga tidak menghiraukan kereta yang berhenti di kawasan berkenaan dan membaling barangan buangan tersebut.

“Perkara ini mewujudkan persekitaran yang sangat tidak baik dan berbahaya kepada orang awam di sekitar kawasan itu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Aksi semasa sekumpulan pemungut barang buangan melakukan pengumpulan barang di Pusat Kitar Semula Taman BDC.

Tambahnya, di Pusat Kitar Semula Taman BDC itu juga sekumpulan pemungut itu juga hanya akan duduk di hadapan kawasan tersebut dan mengutip barang buangan yang masih boleh digunakan.

“Mereka juga akan memilih barangan tersebut, ia boleh dijual atau akan disimpan manakala selebihnya hanya akan ditinggalkan di pusat kitar semula itu,” ujarnya.

Aksi semasa sekumpulan pemungut barang buangan melakukan pengumpulan barang di Pusat Kitar Semula Taman BDC.

Sehubungan itu beliau memaklumkan Pusat Kitar Semula Taman BDC ketika ini diuruskan oleh Persatuan Pencinta Kitar Semula Taman BDC yang mana Adun Kota Sentosa Wilfred Yap Yau Sin adalah penasihat undang-undang mereka.

“Susulan daripada kejadian tersebut ia menunjukkan bahawa persatuan tersebut tidak dapat menguruskan pusat kitar semula berkenaan dengan baik.

“Justeru, sudah tiba masanya majlis bandaraya mengambil alih semula kawalan pusat seperti Pusat Kitar Semula Taman BDC dan menguruskannya dengan betul untuk keselamatan orang ramai,” tegasnya.

Suara Sarawak