Johnny Pang melakukan simbolik menurunkan bendera Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Bintulu 2023 GPS Tanjong Batu.

PASUKAN Miri Kinsar berjaya menjulang trofi kejuaraan pada Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Bintulu 2023 GPS Tanjong Batu anjuran Persatuan Bola Keranjang Bahagian Bintulu.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di stadium bola keranjang Persatuan Bola Keranjang Bahagian Bintulu, malam tadi, pasukan Miri Kinsar menewaskan Malacca MBC dengan keputusan 80-67 sekali gus memberikan naib juara kepada pasukan Malacca MBC.

Sementara itu, dalam perlawanan penentuan bagi merebut tempat ketiga dan keempat, pasukan tuan rumah, Bintulu Toorak berjaya menewaskan Kuching Kiing 1212.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Adun Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta piala dan medal, naib juara menerima RM5,000 berserta piala dan medal manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan RM1,000 berserta piala dan medal.

Sementara itu, pemain terbaik kejohanan diraih oleh Anthony dari pasukan Miri Kinsar sekali gus membawa pulang wang tunai RM500 dan piala.

Kejohanan enam hari, bermula 8 hingga 13 Januari ini menerima penyertaan daripada enam pasukan terdiri daripada Bintulu Toorak, Kuching Kiing 1212, Sibu Warrior Horse, Miri Kinsar, Lutong Silver Wolves dan Malacca MBC.

Ini merupakan kejohanan pertama selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.

Johnny Pang menyampaikan hadiah kepada pasukan Miri Kinsar yang menjuarai Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Bintulu 2023 GPS Tanjong Batu.

 

Johnny Pang menyampaikan hadiah kepada Anthony dari pasukan Miri Kinsar yang dipilih sebagai Pemain Terbaik Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Bintulu 2023 GPS Tanjong Batu.

 

Johnny Pang merakamkan gambar bersama pasukan Miri Kinsar yang menjuarai Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Bintulu 2023 GPS Tanjong Batu.

 

Suara Sarawak