Abdul Karim (Foto: Alif Noni)

KUCHING: Pembukaan sempadan China akan membuka peluang sekali gus merancakkan lagi aktiviti pelancongan dunia termasuk Malaysia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, umum mengetahui bahawa sebelum Covid-19 melanda pelancong China adalah penyumbang terbesar di dunia.

“Bagaimanapun, Malaysia khususnya perlu mengambil langkah berjaga-jaga susulan masalah Covid-19 di negara itu masih belum dipastikan reda sepenuhnya.

“Kita bimbang sekiranya pembukaan sempadan itu boleh menyebabkan Covid-19 merebak lagi di negara-negara jiran termasuk Malaysia,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak, hari ini.

China dilaporkan akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini, selepas hampir tiga tahun ditutup susulan pandemik Covid-19.

Suara Sarawak