PEMANDU yang tercedera diberikan rawatan awal oleh bomba di sini, lewat petang semalam.

BETONG: Seorang pemuda berusia 25 tahun cedera apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas, berhampiran simpang Tanu, di sini, lewat petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong Henry Jugah berkata, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan kendiri itu kira-kira jam 7.14 petang.

PACUAN empat roda yang terbabas berhampiran simpang Tanu dan mengakibatkan pemandunya tercedera.

“Pasukan Bravo terus digegaskan ke lokasi dan apabila sampai, didapati sebuah Toyota Hilux terbabas akibat hilang kawalan ketika dalam perjalanan ke pekan Betong.

“Pemandu disahkan mengalami luka pada bahagian muka dan tangan,” katanya di sini, malam tadi.

Jelasnya, bomba bertindak memberikan pemuda tersebut rawatan awal sebelum menghantarnya ke Hospital Betong.

Terdahulu, pemandu berkenaan tidak tersepit dan keluar sendiri sebelum bomba tiba.

 

 

 

Suara Sarawak