Gambar hiasan

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Tertuduh Mohd Amirul Jesmi, 24, dari Kampung Bintawa Ulu mengaku bersalah selepas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, Amirul melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching, sekitar jam 12.40 petang, 19 Disember tahun lalu.

Oleh itu, tertuduh itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15(1) sama.

Zaiton memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Rogayah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suara Sarawak